Kehidupan awal Amanda Amry

Dilahirkan pada 30 November 2003. Amanda Amry merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Beliau menetap di Shah Alam, Selangor bersama keluarganya. Beliau pernah menetap di United Kingdom selama tujuh tahun kerana mengikut bapanya yang berkhidmat di sana. Pernah tular pada tahun 2019 selepas video gurauannya bersama neneknya, Khadijah Said mendapat perhatian warganet dan mempunyai pertalian hubungan yang rapat dengan neneknya. Menyimpan impian untuk menjadi pakar psikologi kepada golongan kanak-kanak. Aktif menghasilkan video di aplikasi TikTok.